Jumaat, 11 Ogos 2023

MASAK LEMAK KUNING AYAM/DAGING/IKAN


(Tidak ditumis.tak perlu guna minyak sebab pada ayam semulajadi dah ada kandungan lemaknya.nanti bila dah siap masak akan hadhir minyaknya tu…lebih sedap)

pengisar: https://shope.ee/1LBlFe59H7

Ayam 1/2 ekor dipotong( jika 1 ekor ayam gandakan bahannya)

Air 600ml/1 botol kecil air mineral/3 mug /5 cawan air( air jng masukkan banyak sebab nanti ayam akan mengeluarkan airnya dan akan meyebabkan kuah jadi cair kalau guna air banyak).

Kunyit hidup 3 ketul dikisar halus@serbuk kunyit 1 sudu besar bawang merah 7 dikisar
Bawang putih 4 dikisar

Serai 2 btg diketuk
Lengkuas 2 hiris
Halia sikit
Asam gelugur 1
Garam 1 sudu kecil
gula2 sudu besar
1 kiub ayam
Santan 1 kotak kecil 200ml@ santan segar
( kalau nak sedap double double guna 2 kotak santan 200mlx2 untuk 1 ekor ayam).
Ubi kentang 4 biji ( jangan di potong)biarkan ubi masak lama beserta dengan ayam.jika di potong ia akan hancur sebab lama.
Tujuan kita guna ubi kentang ialah untuk memekatkan kuah dan menambah rasa lemak pada masakan kita.

Bahan kisar halus* guna air sedikit sahaja
Bawang merah 8 ulas*
Bawang putih 1 ulas*
Cili padi 15-20 biji*( ikut pedas anda suka)

2 helai daun kunyit( dikoyak kecil)
atau
daun limau purut
atau
daun kesom yg buat kuah laksa tu...baunya menyelerakan...
Atau
Jika tiada apa apa jenis daun guna Daun pandan

Ambil periuk.
Masukkan ayam, bahan kisar, serai, lengkuas, halia, 1/2 kotak santan,garam gula dan kiub ayam kedalam periuk.

Masak sampai 3 kali mendidih dengan api sederhana.
Sambil rasa...tambah apa yang patut. Biarkan ayam dan ubi kentang masak dan lembut.
Masak dengan  api sederhana dan  masukkan santan yang berbaki lagi separuh tadi..kacau dan biarkan mendidih sekali . Yang terakhir baru masukkan daun kunyiy serta asam gelugur , biarkan mendidih 1 kali sajaja dan tutup api.
**Kalau nak lagi lazat masukkan butter 1 sudu kedalam kuahnya....nnyummyyy.

asam gelugur perlu dimasukkan kedalam masak lemak bila dah nak dimatikan api sebab asam gelugur' boleh mencairkan kuah jadi tidak boleh dimasukkan awal kerana ianya akan menyebabkan kuah jadi cair bila dah masak ‘ lemak kuning’ sila keluRkN asam keping sebab takut terlebih masam pula’.

Tujuan kita guna ubi kentang ialah untuk memekatkan kuah dan menambah rasa lemak pada masakan kita

Masak lemak akan jadi sempurna rasanya bila ada rasa masin manis dan masam.

kredit: ida syahida

Tiada ulasan:

Catat Ulasan