Ahad, 6 Ogos 2023

RESEPI MACARONI BAKAR


bekas aluminium:
https://shope.ee/4AVj9kXN4r

BAHAN-BAHAN :

1 bungkus Macaroni
3 ulas bawang Holland
1 tin tomato puri
1 tin cendawan butang
1 biji lada benggala
1 cwn susu cair
Daging/ayam cincang
Parutan / kepingan keju
Sedikit serbuk lada hitam
Oregano

CARA-CARA :

1. Rebus Macaroni.
Mula-mula, rebus macaroni dalam periuk yang berisi air. Letakkan sedikit garam dan minyak.

2. Sediakan Sos.
Potong bawang dan tumis dengan minyak.

Seterusnya, masukkan tomato puri, cendawan dan daging/ayam cincang. Tambahkan garam dan perasa jika perlu. Kemudian, taburkan sedikit oregano, lada hitam, dan sedikit gula. Masukkan susu cair. Masakkan hingga kuahnya pekat.

3. Gaulkan Bersama Macaroni yang telah direbus tadi dan gaulkan ke dalam sos tadi.

4. Taburkan Lada Benggala & Keju

Letakkan lada benggala yang telah dipotong dadu dan taburkan keju parut di atas macaroni yang telah diletakkan dalam bekas.

5. Bakar Sekejap
dalam AF dgn suhu 120° 5min

Siap !

Kredit : Empunya Resepi

SELAMAT MENCUBA πŸ‘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan