Jumaat, 11 Ogos 2023
๐๐ผ๐๐ ๐ฟ๐ผ๐๐ผ๐๐ ๐๐๐พ๐ ๐พ๐๐๐๐๐
rice :
https://shope.ee/1q7vcfB7mD
periuk :
https://shope.ee/2fgxahLTcH
Harini try guna rice cooker masak nasi dagang ganu.. Alhamdulillah menjadi.. ade anak kecik ni payah nak guna pengukus.. sb perlu masa yg lama dan kene jaga betul2 time mengukus..๐
Kalau x berapa nak rajin boleh guna rice Cooker.. yg penting sukatan beras dgn air sama banyak. Jangan terkurang atau terlebih๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ผ๐๐ ๐ฟ๐ผ๐๐ผ๐๐๐
Resepi Nasi Dagang Terengganu ๐๐ช๐ฃ๐ ๐ง๐๐จ๐ ๐๐ค๐ค๐ ๐๐ง๐
Bahan-bahan untuk Nasi: โ
* 4 cawan beras basmati
* 1 cawan beras pulut
(Beras dan pulut dibasuh dan direndam 1-2jam)
* santan kotak kecil tambah air sama dgn jumlah beras
* 1 sudu halba
* 2 ulas bawang merah
* 1/2 in halia
Cara cara :
-Santan sekotak kecil 200ml dicampur air sampai cukup 5 cawan ikut cawan sukat beras.
-hiris bawang, halia dan campur sedikit halba dan secubit garam
-Masuk dalam periuk nasi. Masak mcm biasa. Boleh alas daun pisang utk wangi lagiโบ๏ธ
๐๐๐๐ผ๐ ๐๐๐ผ๐ ๐ผ๐๐
BAHAN-BAHANNYA ๐
1 ekor ikan tongkol @ ikan aye saiz sederhana besar
3 ulas bawang putih, diketuk*
1 inci halia, hiris*
1/2 inci lengkuas, hiris*
3 keping asam gelugor
1 camca teh garam*
1 biji bawang besar, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh halba
1/4 camca teh jintan manis
2 camca besar penuh cili kisar
1 camca besar penuh rempah masak cap rose*
1 camca besar penuh rempah gulai cap rose*(*boleh tengok di sini)
10 biji cili padi, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1 biji bawang besar, belah 6
1 camca besar gula melaka
1 cawan pati santan
Air rebusan ikan secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS ๐
8 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 keping hirisan lengkuas
CARA MEMBUATNYA ๐
1. Ikan tongkol disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. Cuci bersih dan rebusโขAsingkan ikan dan tapis air rebusannya. Ketepikan. Letak asam keping dan garam. Rebus sampai masak dan ketepikan.
2. Satukan rempah gulai dan rempah masak cap rose dengan bahan2 kisar halus. Gaul rata hingga menjadi pes rempah, ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang besar hiris, jintan manis dan halba hingga harum dan bawang layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, Tambah pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Gula api kecil dan kacau sentiasa.
3. Tuang air rebusan ikan tadi, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan ikan tongkol rebus, tuang santan dan masukkan gula melaka. Kacau perlahan, bila menggelegak, kecilkan api dan renih hingga pekat. Tambah garam secukup rasa (rasa dulu sebab air rebusan ikan tadi dah ada garam) dan masukkan cilipadi belah. Kacau perlahan dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan dengan nasi dagang...
๐ผ๐พ๐ผ๐ ๐๐๐๐๐ผ๐
BAHAN-BAHANNYA ๐
2 biji timun
1 batang lobak merah saiz besar
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
6 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA ๐
1. Timun dicuci bersih, kerat tiga atau empat bahagian, belah dua setiap satu dan buang empulurnya. Hiris nipis seperti anak mancis, rendam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Lobak merah juga dihiris sama macam timun dan direndam sekejap dalam air yang ditambah sedikit garam. Rendamkan selama 15 minit, kemudian toskan dan perah airnya, ketepikan.
2. Cili merah dikerat tiga, buang bahagian tengahnya dan hiris seperti anak mancis. Bawang besar dibelah lapan dan leraikan. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk, masukkan cuka makan, garam secukup rasa (anggaran 1/3 camca teh) dan gula kurang lebih 2 camca besar penuh atau secukup rasa. Kacau hingga larut. Masukkan hirisan timun, hirisan lobak merah, bawang besar dan cili merah. Gaul rata dan biarkan 10 minit, rasa dan jika ok boleh hidangkan....
๐ข๐๐๐๐๐๐ฃ ๐๐๐๐๐ค๐๐โค๏ธ
-๐ด๐ช๐ด๐๐ช ๐ช๐ช๐ซ๐ฎ๐ช๐พ๐ฝ๐-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
โ๏ธ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan