Ahad, 6 Ogos 2023

RESEPI BIHUN SUP


Kuah Sup
Ayam seekor potong 4 pcs
Rebus dgn air secukupnya
Mskkan 2 btg serai yg dititik
Mskkan sup bunjut adabi 1 pcs
Mskkan rempah 4 sekawan πŸ‘‡
( 1 pcs kayu Manis, 2 biji bunga lawang, 3 biji bunga cengkih dan 3 biji buah pelaga)

Blend
Bwg Besar 4 biji
Bwg putih selabu
Halia 100gram
Jintan Manis 2sb
Jintan putih 3 SB
Ketumbar 4sb
Serbuk rempah sup Baba's.  -  1 pek kecil
Serbuk kurma Daging Baba's. - 1 pek kecil

Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan2 yg telah diblend hingga pecah minyak..
Sambil tu sentiasa kacau sbb rempah ni mudah hangit, api jgn terlalu kuat...
Mskkan kiub pati ayam 2 pcs
Bila dah pecah minyak,
Mskkan garam, aji n gula secukup rasa...
Kacau2 lg ..
Padamkan api dan tuang rempah tersebut ke dlm periuk rebusan ayam tadi .. Rasa semula kuah sup tadi apa yg kurang tambah laaaa.....
Bila dah didih rebusan ayam tu keluarkan ayam dan toskan...
Tutup api kuah sup...
Ayam yg ditoskan tadi lumur dgn sedikit garam dan kunyit.. Lps tu goreng hingga garing...

Angkat dah sejuk siat2 kan kecil2...

Sambal kicap
Cili akar segenggam
5 ulas Bawang Putih
10 biji air limau kasturi
Kicap pekat kipas udang secawan
Blend semua diatas dan tuang dlm bekas..

Bahan tabur
Taugeh
Daun sup n daun bawang
Bawang goreng
Isi ayam yg telah dicarik2
☝️ Utk Bihun sup
Kalau utk Soto nasi impit tambahkan
Suhun goreng @ bihun yg digoreng
Kacang tanah yg telah digoreng

Rempah Sup Thai :-
πŸ‘‰ https://shope.ee/AzbLolUaB

kredit: nazri mat zain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan