Alhamdulillah..siap dah kuih untuk sarapan pagi esok..Apam gula hangus
Dh lama x buat,sekali dia punya naik tanjat titew,gebu yakmattt π
~Apam gula hangus~
Acuan apam :- https://shope.ee/1AsLx1fKjZ
Bahan2 untuk karamel
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar marjerin
Cara2 buat
Masak gula sampai cair ( jadi karamel )
Tuang air panas sedikit demi sedikit,kacau dengan spatula atau senduk kayu sampai gula dan air sebati tutup api,masukkan marjerin,bila marjerin dah cair,ketepikan
Bahan2 untuk apam
1 1/2 cwn tepung gandum ayak bersama 1 sudu teh soda bikabonat
1/2 cwn minyak masak
2 biji telur ( gred B )
2 sudu besar susu pekat manis
Cara2 buat
Blend telur sampai sebati dalam 3 minit
Kemudian tuang karamel tadi,susu pekat manis dengan minyak,blend lagi
Masukkan tepung yang di ayak sedikit demi sedikit,blend sampai adunan sebati
Sediakan acuan kecil atau loyang yang telah di oles dengan sedikit minyak
Isi separuh adunan ke dalam acuan,buat langkah yg sama sampai adunan habis,kukus selama 10-12 minit api sederhana kecil
Untuk loyang besar ( selepas tuang adunan,tutup permukaan loyang dengan aluminium foil ) kukus 40 minit atau sehingga apam masak sempurna,guna api sederhana besar
~penutup kukusan balut dengan tuala bersih~
~saya x balut sebab guna pengukus penutup kaca~
Kredit : Nawar Azhar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan