Ahad, 6 Ogos 2023

KUIH DENDERAM


acuan kuih: https://shope.ee/8ey9TJrDdp

saya nak share resepi kuih denderam yang saya buat meniaga yang pastinya lembut tak perlu nak perap2 adun2 terus goreng hanya 3bahan sahaja

Bahan2:
500gram tepung beras teratai(satu pack)
400gram gula merah
240gram air

Cara2:
1.Masak gula merah bersama dengan air dan kacau sehingga larut
2.Letakkan tepung beras di dalam mangkuk
3.Masuk kan air gula yang dimasak tadi(panas2)ke dalam mangkuk yang berisi tepung jangan lupa tapis ye air gula semasa tuang
4.Kacau2 bagi semuanya merata
5.Selepas itu kita biarkan dalam 5 minit bagi sejuk(kalau cara saya,saya terus goreng je)
6.Sebelum nak uli sapu minyak dahulu di atas tempat uli dan cetak menggunakan cetak donut yang mini tu
7.Minyak biar betul2 panas supaya kuih menjadi kembang semasa goreng
8.Goreng dalam api yang sederhana
9.Siap untuk dimakan,makan panas2 sedapp
Mula2 memang kita akan nampak kuih tu macam keras tapi tunggu dalam beberapa jam kuih tu akan jadi lembut dan gebu

“SELAMAT MENCUBA”

kredit: deq mokchik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan