Jumaat, 11 Ogos 2023
RESEPI LAPIS PANDAN SANTAN ✨
Loyang: https://shope.ee/6zq7zz3fxw
๐Bahan - Bahan :
LAPISAN PERTAMA
- Loyang 8 inci
- 10g agar agar serbuk (1 paket)
- 4 cawan air ( 1 liter)
- air pandan yg dikisar (5 hingga 6 helai dau pandan + 1 cawan air. Kisar & tapis)
- 3/4 cawan gula ( 150g)
- sedikit essen vanila
LAPISAN KEDUA
Lapisan Kedua :
- 2 setengah cawan air
- 10 gram agar agar serbuk
- 3/4 cawan gula (150g)
- 200g santan pekat
- 1 tin susu cair (370ml)
- sedikit garam
๐Cara - Cara:
LAPISAN PERTAMA
- masukkan kesemua bahan lapisan ini, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan
- kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 15 minit kacau hingga mendidih
- dah mendidih matikan api dan kacau 5 minit dan sila tapis
- satu layer saya buat dalam sukatan 1 cawan (250ml)
- wajib guna cawan atau apa2 bekas yg ada sukatan supaya layer sekata
- jadi tuang layer pertama dan sejukkan dalam peti selama 5 minit
- lebihan adunan pertama ni letak atas loyang atau apa2 bekas dan isikan dengan air panas supaya agar agar lebihan tadi tidak mengeras
LAPISAN KEDUA :
- masukkan kesemua bahan lapisan ini, kacau sebati dulu baru hidup api perlahan
- kacau hingga mendidih. Anggaran dalam 20 minit kacau hingga mendidih
-dan mendidih matikan api dan kacau 5 minit
- tuang perlahan lahan keatas lapisan pertama tadi dan sejukkan selama 5 minit
- ULANG CARA YANG SAMA BAGI SETIAP LAYER SAMPAI HABIS ADUNAN. Setiap lapisan wajib SEJUKKAN SELAMA 5 minit didalam peti baru tuang layer seterusnya
- walaupun kita dah tuang air panas supaya lebihan puding tidak mengeras sewaktu tunggu setiap lapisan tu sejuk, jadi jangan risau panaskan balik atas api perlahan sampai adunan cair balik dan tambahkan sedikit air
- lapisan terakhir boleh sejukkan selama 2-3 jam dalam peti
- dah siap!
- ketahanan puding ini selama 4-5 hari di dalam peti
Selamat Mencuba! ❤️
kredit : mr ali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan