Isnin, 4 September 2023

DAGING MASAK KETUMBAR

Dua kali masak menu ni DAGING MASAK KETUMBAR, memang sedap. Cara masa masak dia pun senang gilerrr! Aku tiru google jurr.

Frying Pan: https://shope.ee/5V1cfVogwF

Bahan2 πŸ‘‡πŸ»(pandai2 la korang agak ya, sebab aku pun main tibai je berapa banyak aku nak letak)

Daging lembu 1 kilo (korang nak masak berapa banyak suka hati)

* Bawang besar
* Bawang putih
* Cili merah
* Kunyit hidup
* Halia
* Biji ketumbar 2 sudu
Serai 2 batang di ketuk
Asam jawa 1 sudu
Gula 1 sudu

Bawang Holland potong2 kasar, cili padi hijau, cili padi merah masukkan last sekali untuk garnish.

Blend semua bahan2 yang bertanda * diatas lepas tu perap kan dengan daging dan asam jawa dan gula dalam satu jam.

Panaskan minyak, tumis serai dan semua daging yang korang dah perap tadi, daging ni akan keluarkan air yang banyak korang tutup kuali tunggu kering sikit pastu tambah lagi air paras daging tadi pastu tutup balik api sederhana. Kerap kacau2 ya jangan sampai hangus.

Bila air daging dah kering dan dah pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa (sukahati korang la nak letak serbuk perasa brand apa), masukkan bawang holland dan cili padi sebiji2 kacaukan sekejap patut tutup api. Siap!

Makan ngan telur dadar, ulam2 nasi panas2, pergh mantap!

kredit: aziah nima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan