Selasa, 5 September 2023
RESEPI BEEF STEAK
Oven: https://shope.ee/5V1qLHGAxv
Bahan Daging:
* Daging batang pinang (dihiris – ketebalan ikut masing2)
* Halia
* Bawang putih
* 1 biji tomato
* Sos lada hitam
* Sos cili
* Madu
* Lada hitam – dikisar
* Ketumbar – dikisar
* 2 sudu besar planta/ butter
Cara-cara:
1. Campur halia, bawang putih, tomato, sos lada hitam, sos cili, madu dan sedikit air dalam blender. Kisar sehingga hancur
2. Cairkan butter kemudian masukkan bahan-bahan kisar tadi dengan api sederhana
3. Bila dah mendidih, masukkan lada hitam dan ketumbar.
4. Masukkan juga sedikit garam – saya tak guna gula pasir, manisan saya hanya gunakan madu sepenuhnya.
5. Kemudian perap daging tersebut dengan bahan-bahan tadi untuk beberapa jam/ lebih sedap perap 1 hari
6. Bakar dengan suhu 180° selama 30 minit/ ikut oven masing2 – nak grill pun boleh
Kentang Putar:
1. Rebus kentang sehingga empuk dan kemudian toskan
2. Bila dah sejuk, penyek-penyekkan gitu dan campur sedikit lada sulah & lada hitam
Kredit: SuiSan Aliezsha via MAHN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan