Selasa, 5 September 2023
RESEPI STEAMBOAT DAN GRILL AT HOME
steamboat & grill hot pot : https://shope.ee/40D5W5v7RI
Lunch hari ni. Steamboat dan grill at home.
Sis buat 3 jenis sos hari ni. Resepi kat bawah termasuk resepi daging harimau menangis๐๐ป
RESEPI SOS HIJAU THAI
3 ULAS BAWANG PUTIH*
2 BATANG AKAR DAUN PAKCI@KETUMBAR*
1 SUDU KECIL GARAM KASAR*
25 BIJI CILI PADI HIJAU*
4 SUDU GULA (sy guna gula kabung)
5 ASAM LIMAU.
CARA-CARANYA :
Semua bahan bertanda * ditumbuk... Sehingga
hancur.…masuk kan gula dan asam limau gaul
sehingga sebati last sekali masukkan daun
ketumbar@pakci yg dihiris halus.
RESEPI SOS DAGING HARIMAU MENANGIS
1. sos ikan (nampla)
2. air asam jawa
3. jus limau nipis
4. thai palm sugar (namtan peep)
5. serbuk cili thai
6. bwang merah
7. beras sangai (goreng tapa minyak & tumbuk
halus)
8. daun ketumbar
RESEPI SOS ALA JOHNNY’s
5 biji cili merah (cili besar)
3 ulas bawang putih
2 1/2 sb minyak bijan
2 1/2 sb sos ikan
2 1/2 sb cuka epal or cuka biasa
2 sb sos thai
1/2 sb pati sunquick
1 sk tepung jagung (larut dalam 1/2 cawan air)
garam dan gula secukup rasa
1 sb bijan
- digoreng tapa minyak
Sedikit daun ketumbar - dihiris halus.
CARA-CARANYA :
1. Kisar cili merah dan bawang putih hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan,
cuka, sos thai dan sunquick ke dalam
periuk
3. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan larutan tepung jagung hingga kuah agak peat dan berkilat. Perasakan dengan garam
dan gula secukupnya.
5. Sebelum tutup api, tabur bijan dan ketumbar.
RESEPI HARIMAU MENANGIS
PERAPAN DAGING
Daging yg dihiris nipis2
Bawang putih yg di cincang
Nisan padi (gula kabung)
Nampla (sos ikan)
Sos tiram
Serbuk lada hitam
Minyak
Kicap pekat
Ajinomoto (jika perlu)
Garam (jika perlu)
CARA-CARANYA :
Gaul semuanya dan perap semalaman. Jgn letak air supaya daging lembut dan juicy.
***Untuk kuah steamboat tu, sis campur sepeket perencah oden dan sepeket perencah tom yam. Padu๐๐ป
✅Kredit empunya resepi
CitarasaNita
SELAMAT MENCUBA ๐
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan