Agok agok cukup dok 3 utir😬🤭🤭…
Nok nok wak baru tubik dari peti sejuk,perghhh lalu kut tekok😋
Saya edit buh resepi deh memandangkan ramai bertanya,selamat mencuba🥰
🌹PUDING BUIH BEST🌹
Acuan puding:
https://shope.ee/AzzBxpLod
Bahan-bahan
10gm serbuk agar agar
100gm gula pasir
500gm air
3 biji telor putih
Pewarna pink
Perasa rose/vanilla
Cara-cara
1. Masak air+serbuk agar agar+gula hingga mendidih. Tutup api.
2. Masukkan perasa dan pewarna.
3. Putar putih telur hingga keras.
4. Tuang adunan agar agar tadi ke dlm putih telor dan pukul lagi hingga kembang dan pekat.
5. Tuang ke dalam acuan dan sejukkan.
Bahan-bahan kuah
1 tin susu cair
1 tin air
150 gm gula
Esen vanilla
3 biji kuning telor
1 sudu tepung jagung
Cara-cara
1. Campur telor dan tepung jagung. Biarkan.
2. Campur semua bahan lain dan didihkan.
3. Bila mendidih,masukkan adunan telor dan tepung jagung tadi. Biar mendidih seketika sambil dikacau. Siap.
kredit: hanna yasmin
Isnin, 4 September 2023
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan