Dok comey tp nak share jugak sebab menjadi dan sedapp🤭
loyang: https://shope.ee/6zqGvWhEHa
periuk kukus:https://shope.ee/4KpVkedr5k
Bahan A
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
3/4 cwn gula ( xnk manis kurangkan, 1/2 ok dh )
1 cwn minyak masak / minyak jagung
🌷semua bhn di atas gaul sebati dan msk atas api perlahan...Dan sentiasa kacau. jangan sampai hangit ye.
🌷biarkan bahan2 tersebut suam.
( Boleh tambah 1/2 sudu kecil nescafe jika suka )
Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Kesemua bhn ni diayak. .
Bahan C
3 biji telor gred A ( kacau dengan garpu je )
1 sudu besar esen vanila
Cara2nya
1. Satukan bhn B dan C ke dlm bhn A...
2. Secara berselang seli n gaul ngan pakai senduk je.
3. Bila dh sebati, letak adunan dlm loyang yg dilapik baking paper. ( Pastikan baking paper tu tinggi ye supaya senang nak keluarkan kek nanti)
4. Kukus kek antara 45 minit sehingga 1 jam @ bergantung pd saiz loyang. ( penutup pengkukus dibalut kain ye, xnak air menitis ats kek)
5. Nak tgk kek dh masak ke x, Cucuk kek dgn lidi, kalau xmelekat maknanya kek dh msk. .
Bila kek dh masak sejukkan terlebih dahulu Dan boleh lah buat topping kek. .
Bahan2 Topping kek
Bahan ganache
1. 350gm coklat masakan ( sy pakai coklat coin beryls milk kalau xsuka manis guna dark coklat )
2. 200ml whipping cream
3. 1 sudu besar butter ( nak bagi coklat nampak berkilat xletak pun takpe sy xletak )
Caranya
1. Panaskan whipping cream sehingga mendidih dan tutup api, kemudian masukkan coklat dan kacau sehingga coklat cair sepenuhnya dan gaul sebati.
( Boleh juga guna kaedah double boil )
2. Tunggu sedikit suam dan boleh lah tuang atas kek.
3. Simpan dalam peti semalaman @ 5-6 jam baru potong..
4. Keluarkan kek dari peti sejuk dan biarkan kek berada dalam suhu bilik baru potong.
5. Guna pisau yang panjang yang di celup air panas ..kemudian lap pisau dgn tisu & terus potong kek.Ulangi langkah yang sama setiap kali potong kek . Supaya kek yang dipotong nampak kemas.
Untuk hiasan atas ek saya guna coklat coated rice cracker ball.
kredit: norkhomariah norrahman
Roti Paung :-
👉 https://shope.ee/2fhJHOODvU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
☑️ Amik telefon picit nombor 03-516 13228. Telefon kilang gardenia dan mintak lah nak cakap dengan Puan Farah. Jangan kedekut cr...
-
(Semua cerita aku ini berdasarkan kisah benar yang berlaku pada diri aku sendiri, atau kawan-kawan rapat terdekat. Ia berlaku se...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan