Isnin, 4 September 2023

RESEPI THAI PREMIUM BUTTER CAKE ✨


Loyang saiz 8inc ✨

Loyang Butter Cake :-
πŸ‘‰https://shope.ee/6fDTcAEz3Z

Bahan-bahannya :

250gram Butter Lurpak (salted)
265gram Tepung Superfine - diayak
140gram Gula Kastor (nak guna Gula Icing pun ok je)
1 sudu teh Creamy Vanilla Essence
310gram Telor saiz A - kocak semua macam nak buat telor dadar, lepas tu timbang
½ sudu besar Baking Powder - diayak
30gram Ovallete special (nak guna Ovallete biasa ok je)
105gram susu segar FULL CREAM KOTAK

Untuk perisa pandan Coconut :

1 sudu teh Pandan Coconut Emulco. Titiskan pewarna hijau sedikit. Gantikan susu full cream kepada santan. Timbang 105gram santan ye. Saya guna santan S&P Santan Pandan Kelapa.

Cara-caranya :

Mix Butter - Gula Kastor - Ovallete - 10 minit atau sehingga putih gebu. Pastikan rajin scrap gula dan butter dalam proses mix 3 bahan ni ye supaya sebati.

Lepas adunan putih gebu, masukkan telor ke dalam adunan tadi sikit demi sedikit.
Mix sekejap adunan telor tadi.

Satukan bahan-bahan yang telah diayak tadi ke dalam mangkuk.

Saya masukkan Creamy Vanilla essence - Pandan Coconut Emulco - Pewarna Hijau hanya guna whisker sahaja.

Dengan menggunakan Whisker, masukkan Tepung Superfine + Baking Powder + berselang seli dengan susu Full cream/santan ke dalam bancuhan yang telah di-mix tadi.

Bila semua dah sebati, masukkan bancuhan ke dalam loyang saiz 8inc. Hentak-hentakkan loyang untuk buang bubble yang ada.

Cara bakar Thai Premium Butter Cake :

Ambil tuala bersih, basahkan dan perah kain tadi agak-agak air tidak menitis. Letakkan di atas tray. Lepas tu letakkan loyang ke atas tray yang dilapik kain basah tadi.

Cara ke dua :
Letakkan tisu dalam 8 keping ke dalam tray dan basahkan dengan air. Tekap tisu supaya semua tisu basah dengan air. Buang lebihan air jika terdapat lebihan air.

Lepas tu letakkan loyang ke atas tray yang dilapik tisu basah tadi.

Suhu saya : Api Atas Bawah
150° - 60 minit. Lepas tu saya rotate kan tray dan turunkan suhu ke 140° dan sambung bakar lagi 30 minit.

Off kipas oven.

Bakar Cake ikut kesesuaian oven masing-masing ye.

Lepas bakar, sejukkan Cake sebentar.
Lepas tu wrap Cake dengan Cling wrap dan masukkan dalam chiller semalaman atau 6 jam.

Esoknya baru potong.
Untuk potongan yang cantik, potong Cake masa sedang sejuk ye. Siap potong, wrap semula dengan cling wrap dan simpan dalam chiller semula.

kredit: norizan abdullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan