05 September
KEK BATIK GANACHE ❤️
(Utk loyang saiz 9 inci)
loyang: https://shope.ee/40D8aX88TP
1 ketul salted butter (sy guna Anchor)
Biskut Marie 500gram
Serbuk koko setengah cawan
Milo 1 cawan
Setengah cawan susu pekat
1 tin susu cair
Telur 1 biji
Esen vanila 1 sudu besar
Ganache
200ml whipping cream (sy guna Anchor)
150gram dark chocolate coin
Hiasan
Coklat flakes
1. Cairkan butter, agak dah cair tu, masuk susu pekat, susu cair, serbuk koko, milo dan esen vanila. Kacau bagi larut dan tak berketul.
2. Api jangan kuat sangat, takut hangit. Selepas dah sebati, masuk telur yang dah dipukul lalu kacau cepat sampai larut. Hati2 panasssπ
3. Patahkan biskut dan gaulkan bagi semua sebati. Senang kan. Tutup api dan masuk dalam loyang. Ratakan~~
Coklat ganache
1. Cairkan coklat secara double boil. Pastu tuang jerrr whipping cream. Kacau sampai sebati dan siappp.
2. Tuangkan adunan ganache tu atas kek batik tadi. Sooooo yummy☺️☺️
3. Tabur chocolate flakes. Biarkan seketika pada suhu bilik agak2 hilang asap 15minit kerr dan masuk peti ais semalaman.
4. Esok pagi masa nak potong biar kejap kat suhu bilik bagi dia lembut sikit dalam 15minit, then potong. Setiap kali nak potong, celup pisau dalam air panas.
Boleh lahh habuan nak makan kat umah ngan family kannn. Comot comot pun syedappp jugakk..ππ
kredit,: vat orangestylello
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Senarai Nama2 TUKANG URUT Di (TERENGGANU) Terima kasih Dah Tahniah Sape Yg Buat Senarai Ni... 1) Encik Mad Ali Kampung Paya Res...
-
Sejak masa Rasulullah shallalahu alaihi wasallam diketahui bahwa dinar dan dirham telah menjadi bagian dari kehidupan muslim unt...
-
Assalamualaikum semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri Profession Assessment Centre (PAC) atau Ujian Bakat untuk...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan